Wednesday, July 29, 2009

Makna Bacaan dalam solat

Aleeya belajar Doa Iftitah di sekolah. Saya belikan buku rujukan pendidikan Agama Islam untuk dia. Minggu depan Aleeya mula exam. Bila saya minta Aleeya buat latihan dalam buku yang dibeli saya dapati latihannya ialah "Berikan makna dalam bacaan Doa Iftitah". Saya terdiam. Kalau disuruh sambung ayat macam soalan selalu boleh lah dijawap kerana kita memang hafal surahnya, tapi disuruh bagi makna? Ibupun tak tahu. Saya menilai diri sendiri. Sepatutnya kita memang perlu tahu makna bacaan. Macammana nak khusuk sembahyang kalau tak faham apa yang dibaca?

Jangan risau pilihan ditangan kita. Nak tahu atau tak nak tahu. Di Internet macam-macam ada, tepok dada tanya selera. Untuk anak-anak, 'Ignorance' tu adalah perkara yang paling buruk dalam diri kita yang perlu kita sentiasa perbaiki.


Takbiratul-Ihram & Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai
dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Untuk Aleeya, Selamat Hari Jadi, Ibu Sayang kakak..

Of My Children

Saya jumpa ini semasa melayari laman web. saya suka.

Oh My Dear Child...

Oh My child,
When you feel you're always right,
Then, none of our advice can reach your heart,
When you feel we're always out to bash you,
Then, none of our advice is right or true,
When you feel we always look down on you,
Then, even when we praise you, it'll turn cold and blue,
When you feel we never trusted you,
It's all because you never gave us a chance to,
When we decide something for you,
Never think it's only for our own selfish gain,
It's actually a calculated plan,
Your welfare in mind and everyone else's, hand in hand.
Oh my dear child,
Why do you treat Allah's gift so carelessly?
Why do you not nurture them wholeheartedly?
Why do you not cherish them scrupulously?
Why do you not guard your worldly desires?
Why do you entertain unaffordable pleasures?
Why do you deny that these are evil seeds?
Why do you take them as 'allowed' treats?
Oh My child,
When you've attained success,
Stick to Allah's path, that's the best,
And we hope that you'll forever remember,
All the hardship we had to suffer,
All the humiliation we've involuntarily 'garnered',
All the embarrassment we savored,
In the course of assisting you through,
To achieve your ambition, so fine, so true,
No, we are not asking repayment from you,
Just treat us how a child to his parents, should,
With Allah's help, we hope you'll hold the reins,
To finally see the light of success at the very end,
And surely Allah's pleasure is the ultimate gain!

Anak Kucing

Saya tak suka bela kucing tapi waktu anak- anak jumpa anak kucing dibelakang rumah, saya membenarkan anak-anak menjadikan 3 ekor anak-anak kucing itu sebagai anak angkat. Syaratnya mereka jangan lupa bagi kucing makan dan bersihkan jika ada najisnya dimana-mana. Juga tidak dibenarkan membawa mereka masuk kedalam rumah. 'Banyak betul syarat ibu!' Saya tak kira. Saya nak mereka bertanggungjawap. Nampaknya mereka benar benar sayang. Setiap petang masing-masing cuba mengajar anak kucing masing-masing berbagai perkara. Kakak mengajar anak kucingnya berlari mengejarnya dikeliling rumah, si comel tu yang paling aktif. Farhan pula akan memeluk dan membawa anak kucing nya kemana saja dia pergi. Firas pulak macam membuli aje kucing tu.

Tak sampai 2 minggu kucing Aleeya dan Farhan hilang. Kami rasa tentu dimakan anjing yang selalu berkeliaran di luar pagar rumah. ALeeya dan Farhan menangis. Tapi tak lama. Akhirnya seluruh tumpuan diberi pada Kucing Firas yang agak masih takut-takut- mungkin sebab selalu kena buli dengan Firas.

Dipendekkan cerita weekend lepas kami bawa anak kucing Firas balik ke Johor sebab bimbang dia tak makan. Malang tak berbau kami jumpa anak kucing mati mungkin dibaham si kucing jantan. Farhan menangis terisak-isak di tepi anak kucing kesayangannya. Firas juga turut menangis sedih. Aleeya juga tak mampu menahan airmata. Mahu taknya, anak kucing itulah yang dibelek setiap balik sekolah, diberi makan, dimandikan setiap kali nampak comot, dibawa dalam bakul basikal sambil mengelilingi rumah, dikendong ke sana kemari. Saya juga sebak melihat kucing dan anak-anak. Abang menanam anak kucing dibelakang rumah di Air Tawar 1.

Sekarang mereka sibuk minta di belikan seekor anak kucing baru. Tengoklah.. Ibu tak janji..
Abang sibuk juga bertanya sana sini, ada tak yang nak bagi anak kucing?

Saturday, July 18, 2009

Birthday Ariesya

16 July 2009

Kami menyambut harijadi Ariesya di Qaifarah semalam (15 July 2009) .Umur setahun, Ariesya sudah berjalan, sama seperti Aleeya. Farhan dan Firas lambat sedikit. Mungkin betul kata orang anak perempuan lebih cepat dari budak lelaki. Tapi bagi saya setiap anak ada pace masing-masing. Sebagai ibu bapa, kita jangan memaksa mereka.

Mungkin juga di sebabkan dia anak yang bongsu, Ariesya agak sedikit penakut, dia tak suka dihampiri oleh orang yang dia tak biasa. Tapi yang agak pelik sesetengah orang yang walaupun lama dia tak jumpa, tapi dia tak kisah didukung, contohnya Zakry, Zam( adik saya) dan Arib ( anak Along). Mungkin kanak-kanak sebaya Ariesya boleh kesan orang yang memang naturenya suka pada budak-budak. Entahlah.

28 July

Last weekend, kami sekeluarga balik ke Kota Tinggi. Idah, sepupu abang, yang tinggal selang sebuah rumah dari rumah emak, melangsungkan majlis perkahwinan. Umur kami cuma selang setahun. Idah berumahtangga di waktu umurnya menjangkau 38 tahun dengan seorang duda yang mempunyai 3 orang anak yang telah dewasa. Saya gembira untuk dia. Ramai lagi kawan-kawan dari UUM dahulu dan kawan-kawan semasa telah bekerja yang masih belum berumahtangga. Entah kenapa saya lihat kebanyakkan teman yang tidak berpacaran semasa di kampus, agak susah untuk bertemu jodoh. Mungkin apabila mula bekerja, seluruh jiwa dan tenaga ditumpukan terhadap kerja hingga lupa untuk diri sendiri. Lama kelamaan kita menjadi semakin choosy, kita mahu hanya yang terbaik untuk kita. Bila kita sudah mula pandai memilih, pilihan menjadi semakin terhad.. Mungkin itu yang terjadi. Walau apa pun saya mengharapkan teman teman seperti Arum, Rozi, Marina dan yang lain-lain akan tetap bahagia walau apapun pilihan yang anda buat.

Tuesday, July 14, 2009

Berpindah Blog

Blog di Multiply agak susah untuk dikendalikan atau mungkin juga saya yang tak pandai, walaubagaimana pun saya rasakan di sini lebih selesa.

Saya berharap akan dapat menulis dengan lebih tekun. Teringat akan kata-kata dalam blog Dr. Kamil, bila ditanya bagaimana dia membahagikan masa antara kerjaya, dakwah dan keluarga - jawap nya -'Kurangkan tidur'. Ia perlukan Istiqamah. Akan cuba saya lakukan.

Saya suka membaca, tapi dengan Ariesya yang pada 15 July ini akan genap setahun dan masih menyusu badan, tabiat itu terpaksa dikurangkan.