Saturday, July 18, 2009

Birthday Ariesya

16 July 2009

Kami menyambut harijadi Ariesya di Qaifarah semalam (15 July 2009) .Umur setahun, Ariesya sudah berjalan, sama seperti Aleeya. Farhan dan Firas lambat sedikit. Mungkin betul kata orang anak perempuan lebih cepat dari budak lelaki. Tapi bagi saya setiap anak ada pace masing-masing. Sebagai ibu bapa, kita jangan memaksa mereka.

Mungkin juga di sebabkan dia anak yang bongsu, Ariesya agak sedikit penakut, dia tak suka dihampiri oleh orang yang dia tak biasa. Tapi yang agak pelik sesetengah orang yang walaupun lama dia tak jumpa, tapi dia tak kisah didukung, contohnya Zakry, Zam( adik saya) dan Arib ( anak Along). Mungkin kanak-kanak sebaya Ariesya boleh kesan orang yang memang naturenya suka pada budak-budak. Entahlah.

28 July

Last weekend, kami sekeluarga balik ke Kota Tinggi. Idah, sepupu abang, yang tinggal selang sebuah rumah dari rumah emak, melangsungkan majlis perkahwinan. Umur kami cuma selang setahun. Idah berumahtangga di waktu umurnya menjangkau 38 tahun dengan seorang duda yang mempunyai 3 orang anak yang telah dewasa. Saya gembira untuk dia. Ramai lagi kawan-kawan dari UUM dahulu dan kawan-kawan semasa telah bekerja yang masih belum berumahtangga. Entah kenapa saya lihat kebanyakkan teman yang tidak berpacaran semasa di kampus, agak susah untuk bertemu jodoh. Mungkin apabila mula bekerja, seluruh jiwa dan tenaga ditumpukan terhadap kerja hingga lupa untuk diri sendiri. Lama kelamaan kita menjadi semakin choosy, kita mahu hanya yang terbaik untuk kita. Bila kita sudah mula pandai memilih, pilihan menjadi semakin terhad.. Mungkin itu yang terjadi. Walau apa pun saya mengharapkan teman teman seperti Arum, Rozi, Marina dan yang lain-lain akan tetap bahagia walau apapun pilihan yang anda buat.

No comments:

Post a Comment