Seorang rakan pernah mengadu hal. Katanya umur dah meningkat tapi rezeki tak berubah-ubah, semua yang dilakukan tidak menjadi. Rakan saya ni sememangnya sangat rajin. Kalau bekerja sungguh bersemangat memang kalah budak-budak generasi Y ni yang kononnya sangat pro aktif. Berusaha sudah berdoa pun sudah, tak tahu mana silapnya. Apa yang saya boleh katakan hanyalah minta dia bersabar. Tentu Allah punya perancangan yang terbaik. Rezeki adalah kerja Allah.
Pagi tadi waktu sedang bersiap sempat juga saya mendengar rancangan pagi di TV3. Tetamu jemputan adalah seorang ustaz yang mempromosikan bukunya tentang doa dan zikir. Tapi perkara paling menarik yang diperkatakan ialah sekiranya kita telah berusaha dan telah berdoa tanpa henti pada Allah tapi masih berat rezeki, kita perlu periksa 2 perkara. Yang pertama, pernah tak kita menganiaya orang? Sebab bila kita menganiaya orang, akan ada hijab antara kita dan Allah. Yang kedua, cuba lihat hubungan antara kita dan ibu bapa. Sekiranya ada luka di hati ibu atau bapa, itu juga akan menyebabkan rezeki kita tersekat.
Saya harap rakan saya turut mendengar bicara ustaz di TV3 itu. Sama-sama lah kita buat post mortem terhadap diri kita. Pilihan di tangan kita.