Tuesday, August 25, 2009

Ramadan 2009

Ramadan datang lagi... Ramadan pertama kami di rumah baru. Sebelum mula Ramadan lagi kami dah bagi tau Firas yang dia perlu belajar berpuasa tahun ini. Firas baru 4 tahun tapi sebab sewaktu Farhan 4 tahun dia sudah mula puasa, maka benchmarknya agak tinggi. Firas perlu boleh melakukannya. Walaubagaimanapun saya agak skeptikal sebab Farhan memang nature nya tak kisah pasal makan, dia boleh tidak makan satu hari tanpa merungut. Tapi bagi Firas hari-hari biasa, dia jenis yang pasti mengingatkan kita tentang waktu makan. Dia sentiasa lapar atau paling tidak mencari air untuk diminum.

Tapi Alhamdulillah, masuk hari ni Insyaallah 4 hari dah dia puasa, belum ponteng lagi. Cuma pada hari pertama waktu dah pukul 5 petang dia mengaruk nak minum dan makan. Puas di pujuk, akhirnya bila diajak ke bazar Ramadan dan selepas dijanjikan berbagai toys barulah dia berhenti menangis dan begitu teruja nak pergi membeli makanan/kuih. Tapi macam biasalah bila waktu berbuka tak habispun kuih yang dibeli...

Harap-harap dia tabah menghadapi puasa seterusnya. Saya sempat juga berpesan setiap kali mereka 'bergaduh' yang puasa ni bukan setakat menahan lapar dan dahaga saja tapi juga perlu jaga mata, telinga, kaki, tangan dan hati. So jangan cepat marah bila kena ejek ke, jangan pandang benda tak elok, jangan tendang-tendang orang, jangan pukul-pukul orang, dan jangan mengadu-ngadu pada ibu bila bergaduh sebab ibu kena jaga telinga - tak nak dengar benda yang tak elok.
Sebenarnya saya agak bimbang takut-takut cara saya mendidik anak bukan cara yang betul. Saya harap mereka faham apa matlamat setiap didikan. Mereka perlu tahu matlamatnya untuk menjadikan mereka manusia yang taat pada Allah, Rasul dan Ibu dan Ayah. Semoga proses mendidik ini dirahmati Allah dan di beri panduan oleh Allah sentiasa. Amin.

No comments:

Post a Comment