Sunday, July 4, 2010

Putih dalam Kenangan











Sudah 2 hari Putih tiada. Dalam hati ini perasaan bercampur baur. Rasa kosong, rasa sedih, rasa bersalah.

Tiap kali pintu pagar di buka, mata tercari-cari Putih kerana selalunya Putih akan berlari lari datang menyambut kami pulang. Setiap pagi Putihlah yang selalu mengejutkan kami, dia akan minta dirinya di belai, di gosok, seringkali sampai meleleh leleh air liur Putih kerana sedap di belai ayahnya. Sekarang bila masuk ke rumah masih terbau Putih, rasanya macam kehilangan anak... Putih baru berumur setahun. Kesian dia... Tiada lagi peneman saya waktu menjemur kain, waktu menggosok baju.... dimana mana terbayang Putih.....


Waktu Putih sakit kami sekeluarga pun masing masing masih demam, tak sempat pun nak betul betul melayan Putih, kemudian emak sakit, seminggu tu kami berulang alik ke Johor. Kami perasan Putih tak sentuh sangat makanan nya.. hari selasa kami mengambil keputusan untuk hantar Putih ke klinik sebab Putih nampak begitu lemah, Putih seperti cuba memberitahu kami sesuatu, ngiau nya semakin lemah...

Diklinik suhunya dah mencecah 40.4 darjah celcius. sangat tinggi. Setelah 2 hari dia dikata kan kena demam kuning, setiap hari kami menjenguknya... Dia memang lemah. Segala usaha telah di buat, masuk air, injection, makan disuap, akhirnya pada pagi Sabtu 3 Julai, waktu kami menjenguknya, sesampai aje di klinik, Dr Putih kata mereka dah cuba sedaya upaya tapi Putih tak dapat di selamatkan.....Sayunya hati melihat Putih kaku tak bernyawa...macam tak percaya kami sekeluarga boleh sesedih ini. Tapi memang Putih dah jadi part of the family. Putih anak kami yang bongsu. Setahun Putih bersama kami membawa begitu banyak kebahgiaan dalam hidup kami. Selamat tinggal Putih. Ibu sayang Putih.

No comments:

Post a Comment