Wednesday, September 30, 2009

Hari Raya 2009







Cerita 1






Setiap tahun selama 13 tahun berumahtangga, rutin nya kami bergilir-gilir, mula cuti raya hingga raya kedua sekiranya di rumah mak dan abah diJohor, petang Raya ke 2 kami mula perjalanan balik ke Seremban pula untuk menyambut Hari Raya ke tiga hingga habis cuti. Begitulah sebaliknya apabila bermula di Seremban, Raya ketiga sudah berada di Kota Tinggi untuk bersama sama menyambut Raya di sana sehingga habis cuti.

Selalunya kami memulakan perjalanan diwaktu malam, selepas berbuka, kami mula bersiap untuk pulang ke Johor pada hari Khamis 17 September 2009. Kenapa malam? memang agak meletihkan tapi sekurang-kurangnya semua anak-anak tidur. Kurang stress ibu dan ayah mereka! Kalau tidak, sorang menyakat, sorang menjerit, sorang melalak!! kalau malam semua keletihan, semua tidur, lapang sikit otak pemandu dan co driver! Tahun ni Putih pun ikut balik kampung. Tengok, lena Putih tidur dengan Abang Ngah kat belakang.




Thursday, September 17, 2009

Putih Lagi..

Weekend lepas Lina and family balik Seremban. Lepas berbuka di rumah abah, kami semua pulang ke rumah saya yang tak jauh dari rumah abah. Sampai di rumah saya terus mencari si putih. Saya panggil dia menyahut tapi bayangnya tiada? Saya panggil lagi, dia menyahut lagi. Saya cari cari, akhirnya dengar suaranya di bilik air. Lampu bilik air dibuka, Saya panggil lagi Putih, memang sah suaranya ada tapi Putihnya tiada. Hati saya berderau, saya jengok kelubang tandas, nampak Putih melompat-lompat ' helplessly'.

Suasana rumah jadi kecoh. Abang cuba bermacam-macam cara. Budak budak dah menangis-nangis. Ariesya kebingungan melihat semuanya. Akhirnya dengan idea Nazri, Putih dapat dikeluarkan. Badannya lencun. Baunya boleh tahan busuk. Abang mandikan jugak. Kami beri dia makan. Akhirnya Putih tertidur, keletihan agaknya. Kasihan Putih.

Wednesday, September 9, 2009

Below is what I found in one of my favourite blog. It makes me ponder how sometimes we forget to ask Allah what we really want. So after this I will ask - berdoa - Allah ar Rahman ar Rahim.

"There are three categories of people whose du`aa' (supplications) will not be
rejected: the person who observes the fast until he breaks, a just ruler, and
the person who has been wronged." (At-Tirmidhi)

Now, let us ask ourselves again, my dearest brothers and sisters: when is the perfect timing for us to ask Him all that our hearts desire?

Yes, you are right!

Just about the very moment we are about to break our fasts.

Absolutely!

And let us ask ourselves another question- are we going to use this golden opportunity given by our Lord, Allah the Almighty, during the last precious 5-10 minutes before we break our fast to pray to Him;

to supplicate to Him and to ask from Him to fulfill our needs; to solve the problems that we face; to protect ourselves and our loved ones from harm; to forgive us for our mistakes; to bless us with a good marriage and spouse; to have faithful and successful children; to make our affairs easy; to pass us in our exams; to have good friends and companions; to give us peace and contentment; to allow us entrance to His Paradise; to make us His faithful servants; to protect us from Hellfire; to save us from punishments in the grave; to bless us with good knowledge; to shower us with wealth and abundance; to provide us with good health and to make us successful in this life and Hereafter?

OR are we going to be busy asking everyone to sit around the table, pass the food and drinks, still be cooking in the kitchen, talk about the traffic we faced on the way back from work and maybe discuss world politics?

Which ones are we really going to do my brothers and sisters, in the last 10 minutes of breaking our fasts?

Ya Allah, it is now 15 minutes before the time to break my fast. Please excuse me everyone. I have to make a bus load full of requests to my Lord who will only say YES to me.

See you after iftar!

Oh, wait a minute… you say something?

What? You say you want to join me?

Definitely, the more the merrier!

Come on now…let’s do this together…

How lovely....

Monday, September 7, 2009

Meriahnya

Weekend lepas ramai betul tetamu di rumah. Kawan-kawan Manja ( Adik suami) sahaja 6 orang, Mayang (sepupu saya) serta kami sekeluarga.

Sempatlah buat 2 jenis kueh raya! dan brownies untuk dimakan waktu berbuka.

Bila difikir-fikir best jugak bila berbuka beramai ramai ni. Kitorang buat BBQ, buat pengat lagi.

Cuma yang tak berapa bestnya, si Ariesya asyik nak berdukung aje sebab takut tengok tiba-tiba ramai pulak orang tak di kenali kat rumah. Nasib baik Manja ada, dia lah yang banyak tolong abang kat dapur.

Farhan, Firas dan Aleeya pula sibuk melayan si Putih ( kucing Parsi yang baru di beli). Masa kami keluar, dengan bantuan seorang 'kakak'(Miza-kawan Manja) mereka mandikan Putih dengan 'conditioner' yang sepatutnya dicampur dalam makanan Putih - itupun hanya setitik atau dua!
Kuyup Putih -berminyak. Terpaksa ayahnya mandikan Putih semula.