Weekend lepas ramai betul tetamu di rumah. Kawan-kawan Manja ( Adik suami) sahaja 6 orang, Mayang (sepupu saya) serta kami sekeluarga.
Sempatlah buat 2 jenis kueh raya! dan brownies untuk dimakan waktu berbuka.
Bila difikir-fikir best jugak bila berbuka beramai ramai ni. Kitorang buat BBQ, buat pengat lagi.
Cuma yang tak berapa bestnya, si Ariesya asyik nak berdukung aje sebab takut tengok tiba-tiba ramai pulak orang tak di kenali kat rumah. Nasib baik Manja ada, dia lah yang banyak tolong abang kat dapur.
Farhan, Firas dan Aleeya pula sibuk melayan si Putih ( kucing Parsi yang baru di beli). Masa kami keluar, dengan bantuan seorang 'kakak'(Miza-kawan Manja) mereka mandikan Putih dengan 'conditioner' yang sepatutnya dicampur dalam makanan Putih - itupun hanya setitik atau dua!
Kuyup Putih -berminyak. Terpaksa ayahnya mandikan Putih semula.
No comments:
Post a Comment