Wednesday, September 30, 2009

Hari Raya 2009







Cerita 1






Setiap tahun selama 13 tahun berumahtangga, rutin nya kami bergilir-gilir, mula cuti raya hingga raya kedua sekiranya di rumah mak dan abah diJohor, petang Raya ke 2 kami mula perjalanan balik ke Seremban pula untuk menyambut Hari Raya ke tiga hingga habis cuti. Begitulah sebaliknya apabila bermula di Seremban, Raya ketiga sudah berada di Kota Tinggi untuk bersama sama menyambut Raya di sana sehingga habis cuti.

Selalunya kami memulakan perjalanan diwaktu malam, selepas berbuka, kami mula bersiap untuk pulang ke Johor pada hari Khamis 17 September 2009. Kenapa malam? memang agak meletihkan tapi sekurang-kurangnya semua anak-anak tidur. Kurang stress ibu dan ayah mereka! Kalau tidak, sorang menyakat, sorang menjerit, sorang melalak!! kalau malam semua keletihan, semua tidur, lapang sikit otak pemandu dan co driver! Tahun ni Putih pun ikut balik kampung. Tengok, lena Putih tidur dengan Abang Ngah kat belakang.




No comments:

Post a Comment