BerHari Raya di Felda Air Tawar 1 di Kota Tinggi memang meriah. Tapi bila di fikir-fikirkan semula kita yang membuat ia meriah. Bagi saya di Johor lebih meriah berbanding Seremban sebab adik beradik Mahadi ramai.
Mereka berlapan beradik, semua kecuali seorang sudah berumah tangga. Kami berpakat untuk beraya disana serentak, tahun depan raya pertama akan sunyilah rumah. Keluarga kami sahaja- (Along 6 orang, Ngah- 51/2, saya - 6 orang, Jamil - 5 orang, Ajib - 5 orang, Ana - 4 orang, Manan - 4 orang , Anja ) - semua adik beradik dan keluarga berjumlah 381/2 orang dah cukup untuk memeriahkan satu blok disana.
Bila kami mula berjalan kerumah jiran-jiran, memang meriah. satu blok terasa bahangnya sebab kami memang bising. Makanya ramailah yang mengikut dan secara tak langsung bermulalah Marhaban. Dulu Marhaban memang dibuat setiap tahun tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini Marhaban cuma 2 tahun sekali iaitu bila keluarga kami berkumpul di Pagi 1 hari raya.
Pilihan ditangan kita...
No comments:
Post a Comment